Langkah pencegahan oleh kerajaan negeri Pandemik COVID-19 di Sarawak

Perintah Kawalan Pergerakan negeri selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac–14 April seluruh negara

Pada 16 Mac, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan beberapa langkah pergerakan bagi membendung jangkitan COVID-19 daripada terus merebak ke seluruh negeri itu. Beberapa langkah pergerakan yang dilaksanakan adalah[22]:

  1. Semua sekolah di Sarawak telah dinasihatkan untuk memanjangkan cuti sekolah untuk seminggu lagi sehingga 29 Mac 2020.
  2. Semua prasekolah, tadika dan sekolah tahfiz seluruh negeri diarahkan untuk ditutup selama dua minggu bermula 17 Mac 2020.
  3. Institusi pengajian tinggi, termasuk kerajaan dan swasta, diminta untuk menangguhkan sesi akademik baharu mereka selama dua minggu, berkuatkuasa 17 Mac 2020.
  4. Semua majlis rasmi kerajaan negeri melibatkan lebih 50 orang akan dibatalkan dan ditangguhkan sehingga notis lanjut.
  5. Semua pelawat (luar negara dan domestik) yang datang ke Sarawak serta rakyat Sarawak yang pulang ke negeri akan dikenakan notis duduk di rumah (SHN) selama 14 hari. Ini turut melibatkan penduduk Sarawak, dan pemegang pas jangka panjang dan jangka pendek yang akan berkuatkuasa pada 18 Mac 2020.
  6. Agensi-agensi yang berkaitan akan memantau pemegang notis duduk di rumah melalui kunjungan secara rawak, panggilan telefon dan aplikasi teknologi moden.
  7. Semua orang dinasihatkan untuk mengamalkan kebersihan diri yang tinggi dan mengamalkan penjarakan sosial secara tegas.

Pada 18 Mac, kerajaan negeri Sarawak telah menasihatkan semua pejabat kerajaan (kecuali perkhidmatan penting), premis perniagaan (kecuali premis perniagaan yang berurusan dengan keperluan harian) dan kilang-kilang (kecuali kilang yang berada di Samalaju, Hi-Tech Samajaya, dan kilang papan lapis yang dibenarkan beroperasi dengan kakitangan minimum) akan ditutup. Restoran dan tempat makan dibenarkan untuk dibuka dan beroperasi hanya untuk bawa pulang (minum/makan di premis adalah dilarang). Orang ramai dibenarkan keluar rumah, tetapi hanya untuk membeli barang keperluan, barangan dan bekerja di perkhidmatan penting sahaja.[9]

Pada 19 Mac, Kerajaan Sarawak dan Kementerian Perumahan memerintahkan semua premis dan gerai makanan untuk ditutup pada jam 8 malam (UTC+8) setiap hari sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan 2020.[23]

Pada 20 Mac, semua kedai makanan segera (termasuk perkhidmatan pandu lalu) dan pasar raya akan berhenti beroperasi pada jam 8 malam (UTC+8) tetapi kedai serbaneka dan stesen minyak akan beroperasi seperti biasa.[24]

Pada 22 Mac, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata pasar raya dan pasar raya besar, pasaran, kedai kopi, klinik swasta, restoran, kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak di negeri itu menghentikan operasi dari 7 malam hingga 7 pagi (UTC+8) bermula 24 Mac.[25]

Amaran perjalanan luar negara dan domestik serta pengaturan kuarantin

Amaran berikut dan pengaturan kuarantin untuk perjalanan masuk dan keluar ke negeri adalah terpakai untuk kedua-dua warga asing dan rakyat Malaysia termasuk penduduk Sarawak:

Peringkat amaranNegaraTarikh penguatkuasaanStatusNota
Dilarang China1 Februari 2020BerkuatkuasaSebagai respon kepada pandemik koronavirus 2020 di Tanah Besar China, kerajaan negeri telah menolak kemasukan semua warganegara China dan pelancong yang telah melawat China.[26]
Dilarang Korea Selatan28 Februari 2020BerkuatkuasaSebagai respon kepada pandemik koronavirus 2020 di Korea Selatan, kerajaan negeri telah menolak kemasukan semua warganegara Korea Selatan dan pelancong yang telah melawat Korea Selatan.[27]
Dilarang Denmark14 Mac 2020BerkuatkuasaSebagai respon kepada pandemik koronavirus 2020 di Denmark dan perintah berkurung negara itu, kerajaan Malaysia telah mengumumkan larangan perjalanan ke negara itu.[28]
Dilarang Iran

 Itali

4 Mac 2020BerkuatkuasaSebagai respon kepada pandemik koronavirus 2020 di Iran dan Itali, kerajaan negeri telah menolak kemasukan semua warganegara Iran dan Itali serta pelancong yang telah melawat salah satu negara itu.[29]
Dinasihatkan Brunei

 Indonesia

 Jepun

 Singapura

BerkuatkuasaPelawat dan rakyat Malaysia yang telah melawat Singapura, Brunei, Indonesia dan Jepun mesti mematuhi garis panduan pencegahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan negeri di semua pintu masuk ke Sarawak.[30]

Rujukan

WikiPedia: Pandemik COVID-19 di Sarawak http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sarawak-... http://www.astroawani.com/video-malaysia/infografi... http://www.dailyexpress.com.my/news/148753/six-new... http://web.archive.org/web/20200322131020/https://... http://web.archive.org/web/20200322131512/https://... http://web.archive.org/web/20200323122554/https://... http://web.archive.org/web/20200323123440/https://... https://www.bernama.com/en/general/news.php?id=181... https://www.facebook.com/SarawakDisasterInfo https://www.facebook.com/SarawakDisasterInfo/